V Sundramoorthy , pemain lagenda Singapura ini mula bermain untuk pasukan Singapura sejak awal 80 an lagi . Setelah membuat penampilan beberapa musim bersama pasukan Singapura dalam Liga Malaysia , Sundramoorthy akhirnya membuat keputusan untuk mencuba nasib bermain dengan sebuah kelab luar negara yang berpangkalan di Switzerland iaitu FC Basel pada 1988 . Selama setahun beraksi dengan kelab tersebut , Sundramoorthy akhirnya kembali semula membuat penampilan dalam Liga Malaysia dengan menyertai pasukan Kedah pada saingan 1989 .Selama dua musim menyertai pasukan " Jelapang Padi " ini , beliau telah berjaya membawa Kedah dua kali berturut-turut ke pentas akhir Piala Malaysia . Kejayaan yang paling gemilang yang diraihnya apabila membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia pada 1990 menewaskan negaranya sendiri Singapura dengan jaringan 3 - 1 .Apa yang lebih manis lagi , salah satu gol tersebut merupakan jaringan dari beliau sendiri . Kejayaan membenam Singapura dalam perlawanan tersebut membuatkan Kedah menjuarai piala berprestij itu buat pertama kalinya dalam sejarah piala tersebut dipertandingkan .
Selama dua musim menabur bakti bersama dengan Kedah , Sundramoorthy akhirnya berubah angin dengan menyarung jersi Pahang bersama dengan rakan senegaranya Fandi Ahmad dan seorang lagi pemain import dari Hungary bagi melengkapkan kuota tiga orang pemain import . Beliau hanya sempat debut bersama Pahang selama semusim sahaja sebelum membuat keputusan untuk mewakili negaranya sendiri iaitu Singapura . Penampilan kali kedua beliau bersama Singapura , beliau telah berjaya membantu Singapura ke pertandingan akhir Piala Malaysia 93 bertemu dengan pasukan Kedah . Bagaikan sebuah perlawanan ulangan , Singapura sekali lagi tersungkur di tangan pasukan Kedah kali ini dengan jaringan 0 - 2 .Agak mengejutkan juga , usai berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut , nama V Sundramoorthy tidak disenaraikan dalam senarai pemain yang akan mengalas cabaran skuad republik tersebut pada saingan musim hadapan .Sebagai catatan sejarah , V Sundramoorthy antara penjaring gol ketika saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Sarawak di Stadium Nasional Singapura, dengan kemenangan berpihak kepada Singapura 2 - 1 .
Sebelum sepak mula liga Malaysia 94 , V Sundramoorthy telah menerima pelawaan dari KAFA untuk menyertai skuad Kelantan di bawah jurulatih Milous Kvacek , jurulatih yang sama membimbing beliau ketika beraksi bersama Kedah .
Dalam satu artikel sesebuah akhbar tabloid ketika itu , menyifatkan penyertaan Sundramoorthy dalam kem Kelantan ibarat " sireh pulang ke gagang " .
Akibat dibelenggu masalah kecederaan yang berpanjangan , prestasi beliau bersama Kelantan agak merosot . Kecederaan yang dialaminya membuatkan beliau banyak memanaskan bangku simpanan dan di penghujung liga 94 , kontrak beliau bersama dengan Kelantan tidak disambung .
Pada musim 1995 , V Sundramoorthy memilih untuk bermain dengan kelab di negaranya sendiri .Pada tahun yang sama juga , Singapura yang sudah berpuluh-puluh tahun beraksi dalam Liga Malaysia , mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai kejohanan liga tersebut . Sepanjang beraksi dalam Liga Singapura , Sundramoorthy telah bermain dengan dua buah kelab iaitu Woodlands Wellington dan Jurong FC . Bersama Jurong FC beliau juga bertindak sebagai pemain dan juga jurulatih . Sebagai rekod , pemain pertahanan Sarawak , Roslan Ismail juga pernah diberi tanggungjawab sebagai penolong jurulatih dan dalam masa yang sama juga turut bertindak sebagai pemain utama pasukan itu .
#riseasonce
#jeraiunitedfc



No comments:
Post a Comment