Wednesday, 13 September 2023


 Baru juga AFC mengumumkan bahawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2024 sebagai Naib Juara keempat terbaik. Ada segelintir kecil induvidu mengatakan AFC sengaja gugurkan Iran demi membantu Malaysia ke Piala Asia B-23 2024. Itu adalah tidak benar sama sekali.

Di sini AFC telah membuat satu kenyataan, ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia mempunyai jumlah mata dan perbezaan gol yang sama dengan Iran๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท, tetapi Malaysia mempunyai indeks fair play yang lebih baik kerana menerima kurang kad kuning berbanding Iran.

Peraturan Perkara 9.3

1. Mata dalam perlawanan satu-lawan-satu antara pasukan terikat.

2. Perbezaan gol dalam perlawanan satu-lawan-satu antara pasukan terikat.

3. Jumlah gol dalam perlawanan satu-lawan-satu antara pasukan terikat.

4. Jika lebih daripada dua pasukan terikat, dan selepas memohon semua kriteria satu-lawan-satu di atas, subset pasukan masih terikat, semua kriteria satu-lawan-satu di atas diterapkan semata-mata untuk subset pasukan ini.

5. Perbezaan gol yang lebih besar dalam semua perlawanan kumpulan.

6. Jumlah gol yang lebih besar dijaringkan dalam semua perlawanan kumpulan.

7. Sepakan penalti akan dimainkan jika hanya dua pasukan yang terlibat.

8. Sedikit keputusan dikira mengikut jumlah kad kuning dan merah yang diterima dalam perlawanan kumpulan (1 mata untuk kad kuning tunggal, 3 mata untuk kad merah akibat dua kad kuning, 3 mata untuk kad merah langsung, 4 mata untuk kad kuning dan diikuti dengan kad merah langsung);

9. Undian terbanyak.

Kesimpulannya, Peraturan Perkara 9.3 sudah lama diperkenalkan oleh FIFA dan peraturan itu juga digunapakai oleh AFC.


Nasihat saya kepada induvidu tersebut, belajar lah tentang bola sepak. Ilmu tidak terhad tapi pengetahuan kita adalah terbatas. Saya sendiri pun kena belajar sampai bila - bila.

Terima kasih ๐Ÿ™