Game results 03/2022
20.08.2022
Sekadar pendapat..
"Dengan gaji pemain ni..
Kita mampu dapat 2,3 pemain lagi.."
Dia macam ni..Bagi senang faham..
Pemain ni gaji dia mahai.. Sebab permainan dia ada kualiti..
Tapi kita takmau kekalkan dia sebab nak sep duit..Dengan gaji yang dok bayaq kat dia..Kita boleh ambik pemain lain yang lagi murah gajinya..Kualiti permainan..Taktau..Bergantung pada situasi
Ada lagi 1 kes..
Pemain ni gaji mahai sebab dia ada kualiti..
Tapi kita takmau ambik dia sebab kita boleh dapat 2 pemain lain dengan harga gaji pemain tu..
Kualiti permainan 2 pemain tu..Kita taktau..
Dulu...
Sistem ni Kedah besa pakai masa nak beli pemain..(Bukan masa zaman Arwahyarham DAB)
Kalau tak silap aku..Indra Putra yang masa tu memang tengah onform..Sikit lagi dia nak sain dengan Kedah..
Yalah..Gaji Indra Putra mesti laa mahai..Sebab masa tu dia pemain kebangsaan..
Tahun tu..Disebabkan perancangan yang bagi aku memang tak kena..Kedah luppp..
Adakah sistem tu dah kembali digunapakai oleh KDAFC???
Aku takmau nak jawab..Hampa pikiaqlah sendiri..
Adakah sistem tu boleh digunapakai dalam bolasepak moden sekarang..
Bagi aku..Boleh..Tak salah sebenaqnya.
Memang betoi jimatkan kewangan kelab..
Sebabnya kita macam baru nak bina team..Kita buang pemain yang dah lama main dengan kita..Kita takmau ambik pemain yang mahai2..
Hat tu ok jaa..Takdak masalah...
Tapi nak jadikan benda ni berjaya, berbaloi dan ada positif dengan apa yang kita buat..Ia perlukan 1 perancangan yang teliti dan jelas..
Bagi akulah
Kelab perlu ada perancangan yang jelas..Dari segi perancangan pembentukan pasukan,Gameplay yang pasukan nak main..Headcoach perlu lebih dominan dalam urusan pengambilan pemain dan pembentukan pasukan..Sebab headcoach yang nak bina gameplay tu..Sebab tu komunikasi dengan headcoach tu penting..Kalau setakat sain 1 tahun dengan headcoach..Benda ni susah nak jadi..
Senang cakap..Kalau dengan headcoach pon kelab dah dindong2..Baik tak payah laa buat sistem tu..Sebab sistem yang kelab nak buat ni perlukan masa,komitmen dan perlukan konsisten untuk kelab nak bina gameplay yang kelab nak..
Daripada nak sain headcoach 1 tahun..Baik awai2 lagi ambik headcoach lain..
Kelab perlu ada scout team..
Hat ni lagi penting...Kelab boleh nak buang pemain yang gaji mahai..Tapi kelab perlu cari pemain yang ada kualiti setanding dengan pemain yang kita buang..
Kelab boleh takmau ambik pemain yang gaji mahai..
Tapi kelab kena cari pemain yang kalau boleh setanding dengan pemain gaji mahai tu..
Scout team berperanan cari pemain ada kualiti yang baik yang boleh setanding atau mampu kelab develope dia bagi jadi setanding pemain yang kita buang tu..
Scout team boleh risik2 pemain2 muda yang ada potensi..Pemain muda gaji lagi murah
Scout team kena intai lama pemain tu..
Tau data permainan pemain tu,sejarah cedera dia..
Kena tau adakah pemain tu sesuai tak dengan gameplay yang nak dibawak headcoach..
Kelab perlu ada perancangan untuk develope pemain sesuai dengan apa gameplay yang akan dibawak oleh headcoach..Kalau setakat buat friendly match dengan team liga M3..
Tak jadi apa tuan tuan..
Bila takdak perancangan yang teliti..
Susah laa kita nak bina team yang mantap..
Contohnyaa
Kita buang pemain lama..
Kita ambik pemain baharu..
Ambik sampai 7,8 orang kebanyakkan pemain muda yang perlu di develope..
Pemain2 ni sebenaqnya bagus..
Tapi taktaulah kot tak kena cara main..
Tak kena gameplay dia..
Cedera tak abis lagi,form dah makin turun sebab baru abis cedera..Tak banyak lagi pengalaman..
Jadi pemain2 ni tak mampu nak bagi sumbangan kat kelab..Last2 duduk di bangku simpanan..
Ambik saja tak boleh buat apa..
Kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang kelab buang tak boleh ditutup..
Masalah tak selesai..
Game mula berterabor..
Result game mula kalah
Penyokong dah mula bising..
Tengah musim kelab terpaksa cari pemain lain nak tutup kelemahan..
Dah nak kena cari balik keserasian pemain..
Pemain tak boleh nak serasi..
Result game kalah..
Masalah tetap tak selesai..
Last2..
Terpaksa reset pulak team untuk musim depan..
Ingat awai baget nak sepp..Rupanya makin rugi..
Rugi duit..Rugi masa..
#KEDAHANGREENYELLOW