KEPENTINGAN MEMANASKAN BADAN
Sebahagian aktitiviti sukan memerlukan pergerakan atau aktiviti yang menggunakan tenaga daripada tubuh badan kita.
Oleh itu, amat penting untuk rakyat kita menitikberatkan aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan aktiviti termasuklah sebelum bermain bola sepak di mana anda perlu memanaskan badan dengan teratur.
Aktiviti memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nanti dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Pemanasan badan juga akan merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses berpeluh di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
Kepentingan aktiviti memanaskan badan ialah meningkatkan kadar degupan jantung atau peningkatan kadar nadi. Selain itu, aktiviti pemanasan badan juga akan membantu Peningkatan pengeluaran hormon.
Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma.
Seterusnya, aktiviti pemanasan badan juga akan mengurangkan kadar risiko kecederaan. Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot.
Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot juga akan membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan.
Akhir sekali, pemanasan badan amat penting dalam memastikan atlet atau pemain berada dalam keadaan bersedia sebelum melakukan aktiviti sukan.
#riseasone
#footballforfriendship
#jeraiunitedfc