CARA MEMPERCEPATKAN PROSES ‘BREAK IN’ KASUT BOLA BARU
Hye gais,
Untuk hari ni, aku akan berkongsi dengan korang cara untuk mempercepatkan proses ‘break in’ kasut bola baru korang
Apakah itu proses ‘break in’ kasut??
‘Break in’ dalam konteks yang aku tulis hari ni adalah proses ‘upper’ kasut kau untuk kembang dan ikut bentuk kaki korang serta untuk kaki korang menyesuaikan dan membiasakan diri dengan kasut bola baru korang. Kalau kasut dah ‘break in’, barulah sedap dan serasi korang pakai kasut korang tu.
Setiap kasut bola dia ada tempoh ‘break in’ yang tersendiri yang bergantung pada jenis bahan ‘upper’ dan juga bentuk kaki korang.
Kenapa perlu ‘break in’ kasut bola baru ?? Tak boleh lenjan terus mase perlawanan ke bro?
Jawapan aku untuk soalan ini adalah boleh tapi sangat sangat tidak digalakkan. Ini adalah untuk mengelakkan kaki korang melecet serta untuk meberi peluang pada kaki korang membiasakan diri dengan kasut baru dan bagi kasut korang tu kembang mengikut bentuk kaki korang serta memberi keselesaan kepada kaki.
Tips yang aku kongsi ni aku dah cuba secara peribadi. Sebabnya adalah aku berkaki lebar. Kalau kasut baru aku terus lenjan main memang sah kejang otot atau melecet kaki aku
1. Pakai dalam rumah
Apa aku maksudakan dengan pakai dalam rumah? Okay korang dah dapat beli kasut bola baru. Mesti korang teruja nak cuba prestasi dia kan. Ape yang aku selalu buat adalah pakai kasut baru dengan stoking dan buat aktiviti seperti biasa. Korang nak tido ke ape ke suke hati korang. Asalkan korang pakai kasut tu selama yang mungkin.
2. Letak ‘shoe tree’ dalam kasut
‘Shoe tree’ adalah bahan yang berbentuk seakan akan kaki manusia. Aku ada sertakan gambar dibawah. Boleh beli dekat Shoppe or Lazada. Fungsi nya adalah mengekalkan bentuk kasut korang apabila tidak digunakan. Oleh itu, kalau kasut korang tu baru, apabila korang letak ‘shoe tree’ pada awalnye, ia akan mengembangkan ‘upper’ korang. Jadi bile korang sarung kasut lepas dah letak ‘shoe tree’, akan rasa lebih selesa.
3. Pakai untuk jogging di padang dan juga aktiviti ringan
Korang juga boleh pakai kasut baru korang untuk jogging dan aktiviti ringan. Aktiviti ringan dalam konteks yang aku maksudkan adalah timbang bola, ‘passing’ bola dan sebagainya. Tidak digalakkan untuk buat aktiviti yang berintensiti tinggi seperti berlari bagi mengurangkan risiko kaki korang melecet.
Kalau masa kali pertama kali korang sarung kasut baru korang dan rasa ketat sangat atau banyak sangat ‘pressure point’ di kaki korang, aku sarankan korang alih keluar ‘insole’ kasut korang buat sementara waktu dan pakai kasut tanpa ‘insole’ tersebut.
Bila dah rasa makin selesa baru letak balik ‘insole’ kasut dan pakai macam biasa. Korang boleh selang selikan teknik ni sampai lah korang betol2 selesa dengan kasut baru korang. Kalau korang dah ulang banyak kali tapi korang masih rasa tidak selesa dengan kasut korang, ada dua kemungkinan. Sama ada saiz kasut yang korang beli terlalu kecil ataupun ‘cutting’ kasut tersebut tidak sesuai dengan bentuk/jenis kaki korang. Ye aku sendiri pernah mengalami situasi ni. Jual balik la jawabnye kasut tu.
4. ‘Hot water treatment’
‘Hot water treatment’ adalah dimana korang rendam/siram kasut baru korang dengan air panas. Fungsinya adalah untuk melembutkan ‘upper’ kasut baru korang. Air panas tu akan melonggarkan ikatan serat pada bahan ‘upper’ korang supaya ‘upper’ tersebut lebih mudah meregang.
Tips ini sebenarnya digunakan semasa zaman bahan sintetik masih baru digunakan sebagai bahan untuk ‘upper’ kasut bola. Pada masa tersebut, bahan sintetik agak keras (dibaca susah mengikut bentuk kaki) , agak tebal dan sering menyebabkan masalah melecet. Jadi pemain bola menggunakan tips ini untuk melembutkan upper kasut mereka.
Secara peribadi, aku tak cadangkan sangat kaedah ni. Biasenye aku akan gunakan kaedah ni sebagai kaedah terakkhir sekiranya kasut tersebut mengambil masa yang terlalu lama untuk ‘break in’. Ini adalah kerana air panas tersebut akan turut mengurangkan kekuatan gam antara ‘upper’ dengan ‘soleplate’ korang disebabkan haba yang banyak dan secara tidak langsung mengurangkan jangka hayat but bola korang. Dan ada juga risiko upper kasut korang akan ‘overstretch’ apabila korang pakai. Jadi kalau nak buat tips ni, fikir masak2 sebelum buat ye.
Bagi aku, kasut bola keluaran terbaru (dibaca tahun 2020) rasanya tak perlukan sampai ke tahap perlu menggunakan ‘hot water treatment’ untuk proses ‘break in’. Kebanyakan kasut bola sekarang menggunakan bahan sintetik yang bersifat ‘knit’ atau ‘textile based’ serta mempunyai lapisan yang nipis. Apabila menggunakan bahan dari ‘knit’, but bola akan lebih kepada ‘sock like’.
Contohnye model Nike Mercurial Vapor 13 Elite (dibaca ‘first grade’) menggunakan upper yang diperbuat dari ‘high tenacity yarn’. Bahan sintetik seperti ini sudah cukup lembut dan akan mengikut bentuk kaki korang dalam masa yang singkat dengan andaian bentuk kaki korang sesuai dengan kasut bola tersebut.
Okay gais, harap korang dapat menambah ilmu dan manfaat dari artikel yang aku tulis. Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Kalau korang ada tips selain yang aku tulis, dipersilakan kongsi sekiranya bermanfaat untuk kaki bola.
# Credit to the rajin one,
bang Wasim Akram. Tq very much atas perkongsian beliau.
#jeraiunitedfc
#riseas1