Sunday, 22 December 2019

 Best Wishes for Christmas and the New Year from everyone at 
Jerai United Fc


Saturday, 30 November 2019

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9'S BAWAH 17 TAHUN 2019 Anjuran KELAB BOLASEPAK JERAI UNITED GURUN

YURAN PENDAFTARAN : RM33.00
( Jemputan 5 Pasukan shj )

TARIKH: 14.12.2019 SABTU

MASA : 8.00 pagi - 12.30 t/hari

TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK SMK GURUN

HADIAH KEJOHANAN:

Johan : Piala + piala iringan
N.Johan : Piala + piala iringan
Ke-3 : Piala iringan
Ke-4 : Piala iringan
Ke-5 : Medal

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10.12.2019

#SEMUA PEMAIN PERLU MEMBAWA IC UTK PENGESAHAN UMUR

SUKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM

Wednesday, 13 November 2019

Wednesday, 23 October 2019




The Club would like to wish Everyone
a Very Happy, Safe and Green Deepavali 2019

Thank you for your support

Sunday, 8 September 2019

#FOOTBALL MEMORIES#
 JERAI UNITED VETERAN VS NT CHINESE VETERAN

1ST SEPTEMBER 2019
MODENAS GURUN




Thursday, 1 August 2019

Monday, 29 July 2019

7 Peraturan baru yg akan FAM perkenalkan menjelang Piala Malaysia 2019 bagi mengurangkan pembuangan masa.

Antaranya ialah:

1. Jaringan Handball

Selepas ini segala hantaran atau pun jaringan yang terkena tangan pemain lain tidak akan dikira. Ia termasuk dengan sengaja atau tidak sengaja pemain tersebut melakukan kesalahan terbabit.

2. Pemain Gantian.

Melalui peraturan lama, pemain yang berada di padang perlu keluar daripada kawasan garis tengah padang sekiranya beliau di ganti.

Melalui peraturan baharu, pemain bebas untuk keluar daripada sisi padang yang paling hampir dengan pemain.

3. Benteng Sepakan Percuma

Sewaktu sepakan percuma, benteng pasukan lawan mestilah berada satu meter daripada jarak pemain yang bakal mengambil sepakan percuma.

4. Jurulatih Boleh Dikenakan Kad

Melalui peraturan baharu yang diperkenalkan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), jurulatih mahupun pengurus pasukan boleh dikenakan hukuman jika beliau melakukan provokasi yang mengganggu perlawanan.

Mereka berisiko dikenakan kad kuning atau merah oleh pengadil.

5. Bola Terkena Pengadil

Jika sewaktu permainan, bola terkena kaki atau mana-mana anggota badan pengadil yang menghalang daripada bola sampai kepada pemain, ‘drop ball’ akan dilakukan.

6. Penalti

Sewaktu sepakan penalti, penjaga gol dibenarkan untuk meletakkan hanya satu kaki di garisan gol apabila mereka berdepan sepakan penalti.

Berbanding peraturan dahulu yang hanya mewajibkan penjaga gol meletakkan kedua-dua kaki di garisan gol.

7. Sepakan Gol

Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) telah membenarkan agar sepakan gol dihantar kepada rakan terdekat berbanding dahulu yang memerlukan pemain pertahanan untuk berada di luar kotak penalti jika mahu menerima bola.


Wednesday, 24 July 2019

HAHAHA...WHERE SHOULD GARETH BALE MOVE TO ?


TQ#SOCCERPLAYER#

Wednesday, 17 July 2019

#FOOTBALL FOR FRIENDSHIP#
 JERAI UNITED VETERAN  VS  KEDAH CHINESE VETERAN

13TH JULY 2019 - MODENAS GURUN



“Football is a game of mistakes. Whoever makes the fewest mistakes wins.” – Johan Cruyff

Sunday, 26 May 2019

 # FOOTBALL 4 FRIENDSHIP #
JERAI UNITED JUNIOR vs KAVINAA FC
6th May 2019



Friday, 10 May 2019



1. Sepak mula semakin bebas


Peraturan yang terdahulu mengatakan bola harus disepak ke hadapan apabila berlakunya sepak mula dan pemain mesti berada di kawasan half sendiri.

Peraturan baru mengatakan ia bebas untuk digerakkan ke mana-mana arah sekalipun sewaktu sepak mula – asalkan ia bergerak.

2. Kad merah boleh dilayangkan sebelum mula perlawanan


Mengimbau kembali peristiwa pergaduhan Roy Keane dan Patrick Vieira di dalam terowong Highbury sebelum perlawanan liga pada tahun 2005, mereka berdua tidak dihukum oleh pengadil perlawanan.

Bagaimanapun melalui peraturan baru ini, pengadil boleh melayangkan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan sama selepas pre-match inspection.

Jadi, sebarang kesalahan yang melibatkan kesalahan kad merah kini boleh dikenakan hukuman walaupun sebelum sepak mula.

Jika seorang pemain dikenakan kad merah sebelum bermulanya perlawanan, pasukan tersebut masih bermula dengan 11 orang pemain.

Cuma bezanya, pemain yang dikenakan kad merah tersebut bakal digantikan dengan salah seorang pemain simpanan.

Jadi, pasukan mereka akan rugi seorang pemain simpanan.

3. Mangsa kecederaan boleh dapatkan rawatan segera


Berbeza dengan peraturan sebelum ini dimana pemain yang tercedera akibat kekasaran kad kuning dan merah perlu meninggalkan padang sebelum mendapatkan rawatan, kali ini mereka tak perlu berbuat demikian.

Menurut Elleray:

“Jika seorang pemain tercedera disebabkan kekasaran kad merah atau kad kuning, beliau boleh mendapat rawatan segera tanpa perlu meninggalkan padang.”

“Adalah tidak adil jika pasukan yang melakukan kesalahan bermain dengan 11 orang, manakala pasukan yang dikasari pula perlu bermain dengan 10 orang.”

4.Keluar masuk pemain ke dalam padang boleh dilakukan oleh pembantu pengadil


Jika seorang pemain keluar dari padang, contohnya untuk menukar but, dia perlu menunggu permainan dihentikan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk bermain semula.

Mengikut peraturan sedia ada, pengadil perlu memeriksa but tersebut sebelum dia boleh menyambung permainan.

Mengikut peraturan baru, pemeriksaan tersebut boleh dilakukan oleh pengadil ke-4 perlawanan ataupun pembantu pengadil.

Jika tiada masalah, dia boleh terus masuk ke padang tanpa perlu menunggu permainan dihentikan.

5. Hukuman lebih keras untuk kesalahan menarik pakaian pemain lawan


Bayangkan senario ini:

2 pemain yang berebut bola kedua-duanya terkeluar dari padang.

Apabila salah seorang pemain tersebut menarik jersi atau menghalang pemain lain daripada masuk padang kembali, pengadil akan menghadiahkan kad kuning atau merah kepada pesalah mengikut peraturan lama.

Pengadil juga akan memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

Namun mengikut peraturan baru, pasukan yang dikasari akan diberikan freekick di atas touchline

Jika ia berlaku di dalam kawasan penalti, maka sepakan penalti akan diberikan.

6. Menghalang gol akan dihukum

Jika pemain simpanan (yang tak bermain) masuk padang dan menghalang gol, pengadil perlu memberikan indirect free-kick kepada pasukan lawan jika mengikut peraturan lama.

Kemudian menurut peraturan lama lagi, jika doktor masuk padang ketika permainan sedang berlangsung, pengadil perlu memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

“Ini tidak adil bagi pasukan yang menjadi mangsa. Pasukan yang membuat kesalahan mendapat faedah apabila membuat kesalahan ini,” kata Elleray.

Jadi peraturan lama ini diubah.

Dalam peraturan baru, jika pemain gantian (yang tak bermain) dan doktor pasukan melakukan kesalahan ini, pasukan mereka akan dihukum dengan direct free-kicks atau sepakan penalti.

7. Penentuan sepakan penalti lebih adil


Jika sebuah pasukan 10 orang (kurang 1 pemain kerana kad merah) masuk penentuan penalti menentang pasukan 11 orang, salah seorang pemain dari pasukan 10 pemain bakal mengambil sepakan penalti sebanyak 2 kali mengikut peraturan lama.

Menurut Ellaray:

“Jika penentuan penalti ini berterusan, ia bermakna pengambil sepakan penalti terbaik dari pasukan 10 orang dapat mengambil penalti 2 kali. Ini tidak adil bagi pasukan 11 orang.”

Jadi mengikut peraturan baru, jika pasukan 10 orang masuk ke penentuan sepakan penalti dengan pasukan 11 orang, pasukan 11 juga bakal menghantar hanya 10 wakil terbaik untuk mengambil sepakan penalti tersebut.

8. Peraturan ofsaid semakin konsisten


Sebelum ini dalam peraturan lama FIFA, ada berlakunya percanggahan.

Dalam satu bahagian, FIFA mengatakan apabila seorang pemain ofsaid, free kick akan diberikan di kawasan pemain ofsaid mula-mula berada.

Tetapi dalam satu bahagian lain, FIFA mengatakan free kick perlu diberikan di kawasan permain ofsaid menerima bola.

Ia sememangnya mengelirukan dan boleh dimanipulasikan oleh pasukan yang melakukan kesalahan.

Dalam peraturan baru, free kick akan diberikan di kawasan pemain ofsaid mula-mula berada. Bukannya kawasan pemain ofsaid menerima bola.

9. Logo kelab boleh digunakan di bendera sepakan sudut


Mengikut peraturan lama FIFA, bendera sepakan sudut (corner flag) haruslah formal dan tidak boleh mempunyai sebarang logo kelab seperti yang biasa berlaku di Premier League sekarang.

Tetapi dalam peraturan baru, FIFA telah memansuhkan peraturan tersebut.

10. Menggunakan common sense


Elleray turut menggalakkan pengadil-pengadilnya untuk mengadili perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan lebih banyak menggunakan common sense.

“Jika mereka mengadili perlawanan dan terdapat beberapa kesalahan kecil dalam undang-undang FIFA, mereka tak perlu terlalu tegas dan skema.”

“Mereka hanya perlu melaporkan dan menyelesaikannya selepas perlawanan tamat.”

Ini bermakna, sebagai contoh, pengadil tak perlulah membatalkan perlawanan peringkat akar umbi hanya kerana satu tiang bendera sepakan sudut telah patah.

Saturday, 6 April 2019

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN 
IPD YAN DENGAN PASUKAN JERAI UNITED GURUN


Vs



6TH APRIL 2019

Monday, 4 March 2019

Friday, 1 March 2019

TAHNIAH - VICTOR ANDRAG PENOLONG JURULATIH PASUKAN KEDAH 2019


KEDAH LEGEND 

Saturday, 2 February 2019

# MEMORIES 4 YEARS AGO #
 FRIENDLY GAME 2016

JERAI UNITED VETERAN  VS KEDAH CHINESE  VETERAN


Saturday, 12 January 2019

#Happy Moments#
 Friendly warm up match U17
12th January 2019






Thursday, 3 January 2019



#Info Semasa#

Biasanya selalu timbul kekeliruan dalam peraturan jaringan gol.

Di sini admin nak tunjukkan gambar bagaimana peraturan jaringan akan di kira.

-Bola harus lah melepasi garisan putih sepenuh nya baru lah ia akan di kira gol.

-Jika bola melepasi garisan namun hujung bola masih tersentuh garisan putih maka blla tersebut masih di anggap tidak gol kerana bola tersebut masih tersentuh garisan putih yang memisahkan dalam gol dan luar gol.

#TERIMA KASIH BBSEMASA#